Dear readers,
this is a personal blog. Everything stated/written here represent my own. My blog might not be as interesting as yours. You might not understand some of the post due to its blurry content and the writer herself:) I write things that i feel the need to share with others. Do show some respect.Thank you;)


Friday, July 31, 2009

ketidakpuashatian




Al kisah pada suatu hari, di satu sudut di dalam kelas, berlakulah satu perbincangan hebat di antara rakan2 kelas dan saye sendiri.
Masing2 menyatakan kehappy-an mereke kerana tidak terpilih ke PLKN dan juga kekecewaan mereka kerana tidak terpilih.
Mulalah mereka meluahkan suara hati yang ingin diluahkan.

Maka,setelah perbincangan itu selesai, di mana ia berakhir dengan kedua2 pihak merasa tidak puas hati di antara satu sama lain membuatkan saye tersedar bahawa betapa narrow nye pemikiran kita ini.Mungkin dia sahaja bukan saye.Hehe

Atas dasar itulah tergerak hati saye(ececehh..) untuk meluahkan rase hati saye ini.
Mungkin pandangan orang lain berbeze dari saye.Yerla different people different point of view kan.
Tapi kalau asyik belajar jer dan tidak melihat dunia luar, itu pun xboleh jugak.Al maklumla tahun nih kan SPM.
Secara jujurnye saye tidak faham kenape mereka hanye memandang yang negatif sahaje,keburukan sahaja dan tidak kebaikan.atau pun itu memang sudah sifat manusia.

Malah, mereka mengdenykan kebaikan yg ade.Sebagai contohnye,mereka memburuk2kan lagi plkn sedangkan kita tidak tahu ape kebaikan yang akan kite terima daripada program itu.
Yang kite tengok,yang kite dengar di surat khabar memangla yang buruk2,dah name pun tabloid.
Kite sendiri xrase macam mane boleh jump into conclusion camtuh jer.
Tak ke narrow minded mereka nih.

Memang tidak dinafikan berlaku kematian,keracunan etc. Namun,sedarkah anda bahawa itu semua adalah ketentuan Tuhan. Mungkin juga itu sebagai balasan terhadap perbuatan dahulu kala.Mungkin.Renung2kan lah.

Fikirlah,jangan lah duduk terperap kat rumah jer. Duduk di kawasan same jer.Mane nak maju macam nih. Kita tak sedar bahawa sepandai mane kita,ade lebih ramai lagi yang lagi pandai.
Lebih ramai lagi yang lebih outstanding.

Kalau orang macam nih laa nak apply for scholarship.Teruskan bermimpi.Yer,sila teruskan.
Sijil SPM,dapat A banyak mane pun kalau pemikiran narrow, pun xboleh gak.Orang lain pun dpt jgak A banyak2 tapi aktiviti sosial pun banyak jugak.

Renung-renungkan lah yer.

Racism, discrimination


Bercakap mengenai ini mengingatkan saye terhadap kejadian yang berlaku beberapa minggu yang lalu.

Sesungguhnya saye merasa sungguh malu dan kecewa. Jika ini yang mahu dicapai dalam konsep 1Malaysia,punahlah harapan.
Jika dalam kelas pun berlaku racism,apatah lagi diluar sane.

Saye kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang hanye bergaul dengan rakan2 sebangsa.
Ada satu ketika saye berjalan ke kantin sekolah,saye melihat disebelah kiri penuh satu meja bangsa nih.Di sebelah kanan bangsa nih.Di satu sudut bangsa nih.

Mungkin ade yang bergaul sesama bangsa lain,namun dilihatkan kepada majoriti,mereka hanye bergaul sesama bangsa sahaja.
Memang tidak dinafikan bahawa mereka mungkin lebih selesa bersama rakan sebangsa,tetapi patut ker kite berkelompok macam tuh.

Saya menyatakan ini kerana saye yakin bahawa saye sendiri xpenah racist terhadap orang lain.Malah saye suka mendekatkan diri dengan bangsa2 lain.

Namun ape yang saye dapat hanye lah satu jelingan yang gedik.Ingat mata lawa sangatla.
Mungkin sesetengah orang jer.

Sebagai contohnye,dasar Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) diadakan adalah untuk menjalin hubungan yang lebih kuat di antara kaum2/bangsa2 yang lain.



Namun ape yang saya lihat,mereka hanya memlilih pelbagai banggsa dan kaum untuk menyertai game2 yang disediakan hanye lah untuk qualify for the game tapi bile dah main,hanye dengan clique sendiri jek.

Saye bercakap berdasarkan pengalaman yang telah penah saye lalui. Mungkin ini juga pernah berlaku kepada orang lain.
Setelah ape yang berlaku,saye menyatakan ketidakpuashatian saye dengan care mereka treat saye,dan mungkin juga orang lain.
Namun ape yang mengecewakan saye lagi,hanye seorang daripada mereka yang turn out minta maaf.Yang lain bagaimana??
Bukan maaf yang dipinta tetapi satu kesedaran dalam diri mereka.
Kalau di sekolah pun macam nih,bagaimana pula di luar nanti.Hancus laah.



And also.its is rude to speak in our mother tongue language when no one around you understand it.Very rude.

Sesungguhnye saye berbangga dengan rakan2 saye yang berbangsa lain kerana tidak tergolong dalam golongan itu.

Kesimpulannya,
adakah objektif RIMUP tercapai?? Same2 la kite renungkan.

PPSMI

Nih haa satu lagi bende tak puas hati.

Dah elok2 belajar Math and Science in English,tetibe plak nak tukar pegi BM.
Budak2 luar bandar pun dah maju la.Korang jer yang xtau.Haish.

Dorang menyanyi lagu English boleh plak.Tapi blaja nak plak in BM.

Aperlaa.Haishh..

Ape nak jadi dengan konsep 1Malaysia,di mana rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan??

Mungkin orang lain berbeza pandangan,tetapi ingat2 lah bahawa ini hanyalah cetusan rase,luahan hati saye.

Bende nih memang xpuas hati laa sebab dah penah debate pasal bende nih.Lagi2 jadi pihak yang membangkang pada mase tuh.

Memang tidak dinafikan bahawa Jepun, German etc boleh maju dengan hanye menggunakan bahasa ibunda mereka.

Namun,yang menjadi medium komunikasi antara negara lain dengan negara lain hanyelah Bahasa Inggeris. Yang ade pun translater.
Orang lain dok berpusu2 nak tukar ke English,kte nih plak nak tukar pegi BM.

Kalo tidak mula dari sekarang,dah masuk Uni nanti,dah kerja,nak buat propasal etc. English xmantap macam mane.

Even search kat google atau yahoo etc pun mostly reply in English.

Memanglah dah panjangkan mase for English lesson,tapi sejauh manekah keberkesanan ia?

Renung2 kan lah yer.

Dahtuh, dah la adik2 kite nih start blaja Math and Science in English dari standard 1 sampai Form 3, tengok2 masuk Form4 kene tuka dalam BM.
Tak ker susah tuh.

Kalo nak start pun,start laa dari Standard 1 ke. Takkan lah nak stop halfway tukar yang lain.Haiyooo..

Ape jadi dengan konsep 1Malaysia?

Banyak lagi nak tulis, dihambur2 kan keluar tapi tangan pun dah penat.

Setakat ini sahaja luahan hati saye.

Oh,post nih in BM?? Yerlaa, bak kate ili,marilah kite berbahasa.

Dan juga bak kata Kak Afra,my English is getting rustier, it takes a minute to figure out one sentence in English,soo if kire2 bape banyak sentence dalam post nih lebih satu jam laa saye tulis nih ha.Ingat xde bende laain ker nak buat.Haha.

Maka rakyat2 jelata,
renung2kan laa yer. Fikirkan lah ape yang terbaik untuk kite dia masa hadapan kelak.

Salam perpaduan.
aryna.

p/s : Soo, Azril ape lagi.Agak agak baper markah i dapat for this post?Hehe.

No comments: